top of page

Bintik Hitam & Bintik Putih

Bintik hitam dan bintik putih adalah masalah kulit yang sering mengganggu orang ramai dalam jangka masa panjang dan sangat menjengkelkan, tetapi di CRES Wellness dapat menawarkan penyelesaian yang berkesan tanpa invasif. Kaedah rawatan kami yang canggih adalah direka untuk membersihkan kulit anda, menjadikannya licin dan segar.


Memahami Bintik hitam & Bintik putih

Bintik hitam & Bintik putih adalah jenis jerawat yang sering berlaku apabila liang-liang kulit tersumbat. Ia disebabkan oleh gabungan sebum (bahan berminyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum), sel-sel kulit mati, dan juga bakteria. Perbezaan antara kedua-duanya adalah sama ada liang pori tersebut terbuka atau tertutup:


Blackhead and whitehead

  1. Bintik hitam (komedo terbuka): Bintik hitam terjadi apabila liang pori tersumbat dalaam keadaan terbuka. Sebum dan kotoran yang sedia ada akan teroksida apabila terdedah kepada udara dan menjadi warna hitam

  2. Bintik putih (komedo tertutup): Bintik putih terjadi apabila liang pori tersumbat dalam keadaan tertutup. Sebum dan sel-sel kulit yang mati terperangkap di bawah permukaan kulit ,dan menjadikan warna putih.

Blackhead and whitehead illustration

Punca-Punca Umum

  1. Pengeluaran sebum Berlebihan: Kelenjar sebum yang terlalu aktif menghasilkan sebum yang berlebihan dan menyebabkan liang pori tersumbat.

  2. Pengumpulan Sel-sel kulit yang mati: Sel-sel ini boleh menyumbat liang pori jika tidak dikupas secara berkala dari permukaan kulit.

  3. Perubahan Hormon: terutamanya semasa peringkat remaja, haid, kehamilan, dan keadaan seperti Sindrom Ovari Polikistik (PCOS), boleh meningkatkan pengeluaran sebum.

  4. Produk Penjagaan Kulit dan Solekan Tertentu: Menggunakan produk yang terlalu bersifat keras atau bersifat komedogenik (menyumbat liang pori) boleh menyebabkan  pembentukan bintik hitam dan bintik putih

  5. Faktor pemakanan dan Gaya Hidup: Walaupun hubungan kaitan antara cara pemakanan dengan jerawat belum difahami sepenuhnya, tetapi beberapa kajian mencadangkan makanan yang tinggi glukosa serta bahan makanan tenusu mungkin boleh memburukkan jerawat bagi sesetengah individu.

  6. Ubat-Ubatan: Beberapa ubat, seperti kortikosteroid, litium, atau androgen, boleh memburukkan atau mencetuskan jerawat.

  7. Genetik: Kecenderungan kepada jerawat diwarisi termasuklah bintik hitam dan bintik putih.

  8. Tekanan: Walaupun tekanan tidak menyebabkan jerawat terjadi secara langsung, tetapi ia boleh menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak androgen, yang boleh merangsangkan kelenjar minyak dan menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk lagi

  9. Faktor Persekitaran: Kelembapan tinggi dan pencemaran boleh menyumbang kepada penyumbatan liang pori.


Pencegahan dan Rawatan

Rawatan bintik hitam dan bintik putih biasanya memerlukan penglibatan gabungan langkah penjagaan kulit dan perubahan gaya hidup:

  • Pembersihan secara berkala: Pembersihkan muka secara lembut sebanyak dua kali sehari membolehkan membuang minyak berlebihan dan sel kulit mati.

  • Pengelupasan: Penggunaan produk bersifat pengelupas kimia seperti asid salisilik atau asid alfa-hidroksi boleh membantu membuka liang pori yang tersumbat.

  • Produk yang tidak akibatkan komedogenik: Memilih produk penjagaan kulit dan solekan yang tidak menyumbat liang pori.

  • Retinoid: Penggunaan topikal retinoid boleh membantu mencegah penyumbatan liang pori dan sering digunakan dalam rawatan jerawat.


Semasa rawatan, pastikan pengendalian yang lembut bagi mengelakkan iritasi pada kulit yang boleh memburukkan lagi jerawat.



Rawatan Tanpa Invasif untuk Bintik Hitam dan Bintik Putih di CRES

  1. Rawatan Pembersihan Muka mendalam: Pembersihan muka secara mendalam dan teliti adalah disesuaikan mengikut jenis kulit anda.  Kami membersihkan liang pori dengan teliti, menghapuskan bintik hitam dan bintik putih sambil memberikan khasiat dan kelembapan kepada kulit anda.

  2. Rawatan Photon M22: PhotonClear yang terkini menggunakan Advanced Optimal Pulse Technology (AOPT), yang mampu menembusi tisu kulit secara terkawal dan menghilangkan bintik hitam dan kecacatan kulit lain, tanpa merosakkan kulit dan salur darah yang sihat di sekelilingnya

  3. Regenx Embrysome: Kami menggunakan teknologi canggih terkini untuk mengekstrak bahan regeneratif yang paling tulen dan bertindak sebagai penghantar sel-sel kecil, memberikan hasil pembaikan dan pemulihan atas kulit. Ia seperti memiliki rahsia awet muda yang terkandung dalam mikrokuasa ini.


Mengapa Memilih CRES untuk Rawatan Bintik Hitam dan Bintik Putih?

  • Pakar dalam pengetahuan penjagaan Kulit: Pakar kulit estetika kami yang terlatih memahami kerumitan pelbagai jenis kulit dan berpengalaman dalam merawat bintik hitam dan bintik putih secara berkesan.

  • Pelan Rawatan yang disesuaikan mengikut peribadi: Kami menyesuaikan pelan rawatan mengikut keperluan kulit anda bagi mendapatkan hasil yang optimum.

  • Komitmen kepada Keselamatan dan Keselesaan: Kaedah tanpa invasif kami adalah selamat, selesa, dan tidak memerlukan masa pemulihan, menjadikannya sebagai pilihan yang ideal untuk sesiapa yang ingin memperbaiki penampilan kulit mereka.


Langkah Pencegahan dan petua Penjagaan Kulit

Selain rawatan di pusat, pastikan kulit kekal bersih dan juga memerlukan tabiat penjagaan kulit yang baik. Kami telah memberikan tip mengenai pembersihan harian, pengelupasan, dan pelembapan, serta nasihat gaya hidup untuk mencegah bintik hitam dan bintik putih pada masa akan datang.

 

Dengan rawatan penjagaan kulit tanpa invasif terkini dari CRES, ucapkan selamat tinggal kepada bintik hitam dan bintik putih yang degil. Rasai keyakinan dengan kulit yang licin dan bersih. Tempah sesi konsultasi sekarang dan mulakan perjalanan menuju ke arah kulit yang sempurna.


Dapatkan kulit yang licin dan sempurna bersama dengan CRES. Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai rawatan bintik hitam dan bintik putih.




Comments


WhatsApp
Free Consultation
bottom of page