top of page

Hiperpigmentasi

Hiperpigmentasi, yang dicirikan oleh bintik-bintik gelap dan tona kulit yang tidak sekata, ini boleh menjadi kebimbangan yang besar kebanyakan orang ramai. Di CRES, kami memahami kesan hiperpigmentasi dan menawarkan rawatan canggih tanpa invasif untuk pemulihan harmoni dan keseimbangan tona kulit anda.


Memahami Hiperpigmentasi

Hiperpigmentasi adalah keadaan kulit di mana wujudnya pengelapan warna berlaku pada kawasan kulit tertentu. Pengelapan warna ini berlaku akibat penghasilan melanin yang berlebihan, di mana melanin merupakan pigmen yang menentukan warna kulit, rambut, dan mata. Melanin dihasilkan oleh melanosit, yang merupakan sel-sel dalam kulit.



Melasma

  • Juga dikenali sebagai ruam berbentuk rama-rama, kerana ia adalah simetri pada kedua-dua belah.

  • Ciri-cirinya adalah tompok berwarna coklat atau coklat kelabu

  • Ia biasanya muncul di pipi, dahi, hidung, dan bibir atas.

  • Lebih berlaku di kalangan wanita dengan warna kulit yang lebih gelap.

  • Tompok yang muncul semasa kehamilan dikenali sebagai chloasma.




Solar Lentigines

  • Terbentuk akibat pendedahan berpanjangan atas sinar ultraviolet (UV).

  • Warna: Biasanya berwarna coklat muda, coklat, atau hitam.

  • Saiz: Boleh mencecah dari beberapa milimeter hingga sentimeter.

  • Lokasi: Biasanya muncul di kawasan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari, seperti muka, tangan, lengan, bahu, dan belakang atas.

  • Bentuk Rata: Tompok ini biasanya rata dengan warna yang seragam.


Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)

Kulit menjadi gelap selepas kecederaan atau penyembuhan luka. Ini disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlebihan dalam keradangan kulit.

  • Warna: PIH boleh kelihatan merah jambu, merah, coklat, atau hitam, bergantung pada warna kulit anda dan tahap keradangan.

  • Punca: Jerawat, terbakar, luka, gigitan serangga, atau rawatan agresif seperti pengelupasan kimia dan rawatan laser boleh menyebabkan PIH

  • Tempoh: PIH boleh berlarutan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun, bergantung pada tahap keparahan dan penjagaan yang diambil.

  • Pencegahan dan Rawatan: Untuk mencegah PIH, elakkan menggaru kulit, gunakan produk penjagaan kulit yang lembut, dan lindungi kulit daripada sinaran matahari. Rawatan untuk PIH termasuk agen pencerah seperti hydroquinone, retinoid, vitamin C, pengelupasan kimia, dan jika atas kes PIH yang teruk, terapi laser diperlukan. 

  • Tip Pengurusan: Gunakan rutin produk penjagaan kulit yang konsisten, lakukan pengelupasan dengan lembut, pastikan kulit sentiasa terhidrat, elakkan rawatan yang merengsakan, dan gunakan produk pelindung matahari secara berkala untuk mencegah pengelapan warna kulit selanjutnya.



Jeragat

  • Kawasan kulit yang kerap terdedah kepada cahaya matahari, seperti muka, lengan, dan bahu.

  • Warna: Biasanya berwarna coklat, coklat muda atau coklat kemerahan. Warna adalah berbeza bergantung dari segi faktor seperti pendedahan matahari dan genetik.

  • Saiz: Biasanya dalam saiz yang kecil.

  • Bilangan: Kuantiti jeragat boleh berbeza dan mungkin bertambah atas pendedahan cahaya matahari.

  • Pengaruh Genetik: Pembentukan jeragat sering dipengaruhi oleh faktor genetik.

  • Orang yang memiliki kulit cerah, rambut merah atau perang lebih cenderung untuk mempunyai jeragat.


Pelbagai faktor yang boleh mencetuskan hiperpigmentasi:
  • Pendedahan kepada Matahari: Punca paling umum bagi hiperpigmentasi adalah pendedahan kepada cahaya matahari. Sinaran UV datang dari matahari akan merangsang penghasilan melanin di mana ia sebagai pertahanan semula jadi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.

  • Perubahan Hormon: Perubahan hormon adalah satu lagi faktor utama bagi hiperpigmentasi. Melasma, adalah sejenis hiperpigmentasi yang sering dikaitkan dengan kehamilan (kadang-kadang disebut sebagai "mask of pregnancy") dan penggunaan pil perancang utk kehamilan juga boleh mengubah paras hormon.

  • Keradangan: Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) berlaku selepas kecederaan kulit atau radangan. Punca kecederaan berlaku termasuk jerawat, terbakar, luka, atau rawatan penjagaan kulit tertentu. Kulit akan bertindak balas terhadap kecederaan ini dan menghasilkan melanin berlebihan.

  • Ubat-Ubatan Tertentu: Beberapa jenis ubat boleh meningkatkan pigmentasi kulit, termasuk ubat kemoterapi tertentu, antibiotik, ubat antimalaria, ubat antiepileptik, dan ubat hormon.

  • Keadaan Perubatan: Penyakit dan keadaan kesihatan tertentu, seperti penyakit addison dan gangguan kelenjar adrenal lain, boleh meningkatkan penghasilan melanin.

  • Genetik: Sesetengah individu lebih cenderung kepada hiperpigmentasi disebabkan oleh faktor genetik mereka.

  • Penuaan: Seiring dengan usia meningkat, hiperpigmentasi boleh berlaku akibat pendedahan kepada matahari yang berpanjangan dan penurunan keupayaan kulit atas pembaharuan sel.


Pusat Photon Esthetics CRES menawarkan penyelesaian untuk masalah Hiperpigmentasi:
  • Menggunakan Vitamin C, Asid Kojik, Ekstrak Bearberry / Arbutin, Ekstrak Licorice, Asid Tranexamic untuk mengurangkan aktiviti berlebihan melanosit dan penghasilan melanin yang tidak sekata.

  • Rawatan Laser Kulit yang disasarkan mengikut kedalaman hiperpigmentasi yang berbeza.

  • Rawatan cahaya yang disesuaikan untuk pelbagai jenis hiperpigmentasi.

  • Dengan menggunakan BioCell, Asid Laktik, Vitamin A / Retinol, ia akan meningkatkan kadar pembaharuan sel untuk mengeluarkan sel-sel mati yang berpigmen

  • Menghalang daripada sinaran UVA, B, dan C dengan penggunaan produk antioksidan seperti Teh Hijau, Biji Anggur, Daun Beefsteak, dan Q10.

Rawatan Neo-Esthetics untuk Hiperpigmentasi di CRES

  1. Rawatan Photon M22: Rawatan PhotonFade kami berkesan dalam merawat pelbagai jenis hiperpigmentasi. Teknologi Advanced Optimal Pulse (AOPT) menumpukan pada sel-sel pigmen, membantu memecahkan sel-sel ini dan mengurangkan penampilan bintik hitam.

     

  2. Regenx Embrysome: Kami menggunakan teknologi canggih terkini untuk mengekstrak bahan regeneratif yang paling tulen dan bertindak sebagai penghantar sel-sel kecil, memberikan hasil pembaikan dan pemulihan atas kulit. Ia seperti memiliki rahsia awet muda yang terkandung dalam mikrokuasa ini.

     

  3. Terapi Suntikan Pemutihan Nano: Rawatan pencerahan kulit tanpa invasif yang menggunakan tranexamic acid and nano-zinc. Pendekatan ini menyokong proses depigmentasi serta meningkatkan kecerahan dan kejelasan kulit dengan tahap ketidakselesaan yang minimal.


Mengapa Memilih Pusat Photon Esthetics CRES untuk Rawatan Hiperpigmentasi?

  • Pakar dalam pengetahuan Rejuvenasi Kulit: Pakar kulit estetika kami yang berpengalaman mahir dalam merawat hiperpigmentasi menggunakan kaedah tanpa invasif.

  • ·Pelan Rawatan yang disesuaikan mengikut peribadi: Kami menyesuaikan pelan rawatan berdasarkan jenis kulit anda dan tahap hiperpigmentasi.

  • ·Teknik Selamat dan Berkesan: Komitmen kami terhadap neo-estetika dan prosedur tanpa invasif demi memastikan pengalaman yang selamat dan selesa serta hasil yang berkesan.

  • ·Pakar dalam Rawatan Estetik Photon: Rawatan PhotonFade kami memberikan hasil yang menakjubkan atas kulit berpigmen





Penjagaan Tona Kulit yang Sekata

Selain daripada rawatan kami, kami juga menyediakan panduan tentang produk dan rutin penjagaan kulit, perlindungan matahari, dan pilihan gaya hidup yang boleh mencegah hiperpigmentasi selanjutnya demi pengekalan hasil rawatan anda.


Dapatkan tona kulit yang rata dan berseri dengan rawatan hiperpigmentasi tanpa invasif di CRES. Rawatan kami dapat membantu anda mencapai kulit yang licin dan seimbang.










Tempah konsultasi anda hari ini dan ambil langkah pertama menuju ke arah kulit yang sempurna.


Capai tona kulit yang bersinar dan sekata dengan CRES. Hubungi kami sekarang untuk meneroka rawatan khusus kami.




Comments


WhatsApp
Free Consultation
bottom of page