Menghadapi masalah kelihatan kapilari, lesi vaskular, dan telangiektasia adalah amat mencabar, tetapi di CRES, kami menyediakan rawatan tanpa invasif yang berkesan untuk menangani masalah ini. Teknik canggih kami menawarkan kelegaan dan penambahbaikan estetik, mengembalikan kecantikan semula jadi kulit anda.
Memahami Kapilari, Masalah Vaskular, dan Telangiektasia
Sesi ini akan menerangkan punca kelihatan kapilari, lesi vaskular, dan telangiektasia (sering dikenali sebagai urat labah-labah), serta kesannya terhadap kesihatan kulit dan sebab di sebalik perkembangannya.
Beberapa faktor yang menyebabkan kelihatan kapilari, lesi vaskular, dan telangiektasia:
Kelihatan Kapilari:
Kapilari adalah saluran darah kecil yang menjadi kelihatan jelas pada permukaan kulit. Punca-puncanya termasuk:
Penuaan: Semasa kulit hingga tahap menua, ia menjadi lebih nipis dan kurang elastic, dan menjadikan kapilari lebih kelihatan dengan jelas .
Pendedahan cahaya matahari: Sinar UV boleh merosakkan dan mengembangkan saluran darah, dan menyebabkan kapilari menjadi lebih ketara.
Genetik: Sesetengah individu di mana genetiknya lebih cenderung mempunyai kapilari yang lebih ketara.
Keadaan Kulit: Masalah kulit seperti rosacea boleh menyebabkan kelihatan kapilari yang jelas, terutama di atas wajah.
Perubahan Hormon: Kehamilan dan menopaus boleh meningkatkan ketara kapilari akibat dari ketidakseimbangan hormon badan.
Â
Lesi Vaskular:
Adalah saluran darah yang tidak normal di dalam kulit, termasuk tanda lahir, urat labah-labah, dan hemangioma, Punca-puncanya termasuk:
Faktor Genetik: Banyak lesi vaskular telah ada sejak kelahiran atau terjadi di peringkat awal dalam kehidupan, ini telah menunjukkan adanya komponen genetik.
Penuaan: Risiko yang mempunyai jenis lesi vaskular tertentu adalah tinggi seiring dengan peningkatan usia.
Perubahan Hormon: Kehamilan dan penggunaan pil perancang kehamilan dapat menyumbang kepada perkembangan urat labah-labah.
Pendedahan Cahaya Matahari: Beberapa jenis lesi vascular yang teruk terjadi.
Kecederaan atau Trauma: Kadangkala, lesi vaskular boleh terbentuk selepas kecederaan atau sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan.
Telangiektasia:
Ini adalah saluran darah kecil yang melebar pada permukaan kulit. Puncanya termasuk:
Keadaan Genetik: Beberapa gangguan sesetengah genetik seperti keturunan hemoragik telangiektasia (HHT) akan menyebabkan telangiektasia.
Penyakit Hati: Keadaan hati yang kronik boleh mengakibatkan pembentukan urat labah-labah dan telangiektasia.
Rosacea: Keadaan kulit ini adalah punca biasa telangiektasia di wajah.
Gangguan Autoimun: Situasi seperti scleroderma atau lupus juga boleh menyebabkan telangiektasia.
Radioterapi dan Kemoterapi: Telangiektasia sebagai kesan sampingan semasa menerima rawatan kanser.
Rawatan Neo-Estetik di CRES
Rawatan Photon M22:Â Rawatan pembaharuan kulit photon terkini menggunakan Advanced Optimal Pulse Technology (AOPT), mampu menembusi tisu kulit secara terkawal dan memudarkan kecacatan seperti kapilari, telangiectasia, pigmen, dan urat, sambil memastikan kulit sihat dan saluran darah sekitar tidak terjejas.
Mengapa Memilih CRES untuk Rawatan Kulit Vaskular?
Pakar dalam pengetahuan masalah Kulit Vaskular:Â Pakar kulit estetika kami mempunyai pengalaman luas dalam merawat pelbagai masalah kulit vaskular dengan menggunakan teknologi tanpa invasif terkini.
Pelan Rawatan yang disesuaikan mengikut peribadi:Â Kami memahami bahawa kulit setiap pelanggan adalah unik, dan kami menyesuaikan rawatan untuk memenuhi keperluan serta matlamat spesifik anda.
Fokus pada Keselamatan dan Keselesaan:Â Rawatan terkini kami direka khas untuk memberi keselesaan dan keselamatan di tahap maximum, serta memastikan pengalaman rawatan yang dapat adalah positif dan berkesan.
Petua Gaya Cara Hidup dan Langkah untuk PencegahanÂ
Kami percaya kepada pendekatan holistik terhadap kesihatan kulit. Sesi ini menyediakan cara untuk melindungi kulit anda dari faktor yang boleh memperburuk lagi masalah vaskular, seperti pendedahan kepada cahaya matahari, suhu yang ekstrem, dan tabiat gaya cara hidup tertentu.
Ucapkan selamat tinggal terhadap masalah kelihatan kapilari, lesi vaskular, dan telangiectasia dengan rawatan tanpa invasif di CRES. Dapatkan semula keyakinan anda terhadap penampilan kulit anda dengan mendapat rawatan yang disesuaikan disediakan oleh pakar kami. Tempah sesi konsultasi sekarang dan mulakan perjalanan menuju ke arah kulit yang lebih jelas dan cantik.
Bersedia untuk mengatasi masalah kulit vaskular anda? Hubungi CRES sekarang untuk dapatkan pelan rawatan peribadi anda.
Comments