top of page

Kulit Berminyak

Kulit berminyak boleh menjadi sesuatu yang mencabarkan, menyebabkan kebimbangan seperti jerawat, pori-pori besar, dan kulit yang berkilat. Di CRES, kami mengkhusus dalam rawatan tanpa invasif dengan berkesan untuk mengimbangi dan memperbaiki kulit berminyak, samping meningkatkan kesihatan dan penampilan kulit anda.


Memahami Kulit Berminyak

Kulit berminyak sering disebabkan oleh kelenjar sebum yang terlalu aktif yang menghasilkan minyak berlebihan. Genetik, perubahan hormon, dan pengaruh persekitaran juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada kulit berminyak. Perlukan bantuan profesional? Anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan penyelesaian yang tepat!


Rawatan tanpa Invasif untuk Kulit Berminyak di CRES

  1. Rawatan Pembersihan muka secara Mendalam: Disesuaikan untuk kulit berminyak, rawatan muka kami membersihkan pori-pori secara mendalam, membuang minyak berlebihan, dan memberikan hidrasi demi mendapat kulit yang segar dan seimbang.

  2. Rawatan Photon M22: Rawatan estetik terkini menggunakan teknologi Advanced Optimal Pulse (AOPT), yang mampu menembusi tisu kulit secara terkawal dan menghilangkan ketidaksempurnaan lain seperti seborrhoea, pigmen, dan urat, tanpa merosakkan kulit dan salur darah yang sihat di sekelilingnya.


Mengapa Memilih Pusat Photon Esthetics, CRES untuk Rawatan Kulit Berminyak?

  • ·Kepakaran dalam Penjagaan Kulit: Pakar kulit estetika kami yang berpengalaman memahami kerumitan kulit berminyak dan menawarkan rawatan yang disesuaikan mengikut keperluan unik anda.

  • ·Pelan Rawatan yang disesuaikan mengikut peribadi: Kami menyesuaikan setiap pelan rawatan untuk menangani masalah kulit anda secara spesifik, demi mencapai  hasil yang optimum.

  • ·Prosedur Selamat dan Selesa: Pendekatan neo-estetika dan kaedah tanpa invasif kami menyediakan penyelesaian berkesan untuk kulit berminyak dengan tahap ketidakselesaan minimal dan masa pemulihan yang minimum.


Tip Penjagaan Kulit Harian untuk Menguruskan Kulit Berminyak

Selain rawatan di klinik kami, pengekalan rutin penjagaan kulit yang seimbang juga adalah penting. Kami nasihat bahawa amalan pembersihan harian, pelembapan, dan pemilihan produk yang tepat dapat mangatasi masalah kulit berminyak dengan berkesan.

 

Kawal kulit berminyak dengan rawatan tanpa invasif terkini kamiDapatkan kulit yang lebih bersih dan seimbang melalui rawatan penyelesaian khusus yang disesuaikan oleh pakar kami di CRES. Tempah konsultasi anda hari ini dan mulakan perjalanan anda menuju ke arah kulit yang lebih sihat.


Adakah anda bersedia untuk mengubah kulit berminyak anda? Hubungi CRES sekarang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan khusus kami.



Comments


WhatsApp
Free Consultation
bottom of page