top of page

Parut & Tekstur Kulit Tidak Sekata

Parut dan tekstur kulit yang tidak sekata boleh menjejaskan sesiapa sahaja, tanpa mengira usia atau jenis kulit, maka akan mendorong untuk pencarian rawatan yang berkesan yang boleh mengembalikan kecergasan dan keserian kulit tanpa memerlukan prosedur invasif.


scar and uneven skin texture

Memahami Parut dan Tekstur Kulit Tidak Sekata

Parut dan tekstur kulit yang tidak sekata boleh berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk jerawat, kecederaan, kerosakan akibat cahaya matahari, serta proses penuaan semula jadi. Ketidaksempurnaan ini bukan sahaja menjejaskan penampilan kulit tetapi juga boleh mempengaruhi keyakinan diri sendiri. Walau-bagaimanapun, kemajuan dalam teknologi penjagaan kulit telah membuka era baru rawatan yang berkesan dan lembut untuk menangani masalah ini.



Memperkenalkan Rawatan Regenx Embrysome & Regenx Placenta

Di CRES, Kami berbangga untuk menawarkan dua rawatan revolusioner yang berada di barisan hadapan dalam regenerasi kulit tanpa invasif: Regenx Embrysome dan Regenx Placenta. Rawatan regenerasi sel canggih ini menggunakan formulasi unik untuk memperbaiki pembahagian sel-sel di kawasan parut serta tekstur kulit yang tidak sekata, menghala ke kulit yang lebih licin.


Regenx Placenta: Penambahbaikan Menyeluruh dalam Tekstur Kulit 

Regenx Placenta dirumus khusus untuk individu yang menghadapi masalah parut, tekstur kulit yang tidak sekata, dan pori-pori yang besar. Dengan memanfaatkan potensi serum placenta yang diekstrak daripada sumber ovine, dan penggunaan dos yang mencapai 5000mg, dapat menawarkan pelbagai manfaat yang ketara:

  • ·Peningkatan Aktiviti SOD dan catalase: Meningkatkan keupayaan antioksidan kulit, membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh tekanan oksidatif.

  • ·Polypeptide Molekul Rendah - Peptida: Menggalakkan penghasilan kolagen, mengurangkan penampilan garis halus dan menghasilkan permukaan kulit yang lebih licin.

  • ·Kolagen dan Elastin: Memberikan penampilan kulit yang lebih tegang dengan meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, menghasilkan kulit yang lebih muda dan sekata.


Regenx Embrysome:

Menggunakan exosom sebagai penghantar selular, rawatan ini menyelaraskan proses pemulihan dan regenerasi tisu di kawasan sasaran dengan berkesan. Dengan mengandungi faktor pertumbuhan yang kuat dalam vesikel, ia menjadi harapan baru bagi mereka yang menghadapi masalah parut, terutamanya pesakit yang mempunyai parut jerawat. Pengalaman transformatif ini beroperasi pada tahap selular, memberikan regenerasi yang mendalam dan menyeluruh.


Mengapa Memilih CRES?

DI Pusat Photon Esthetics CRES, kami memahami betapa pentingnya untuk penyediaan rawatan tanpa invasif yang bukan sahaja memberikan hasil yang ketara tetapi juga memelihara dan memupuk proses kesemulajadi kulit anda. Komitmen kami terhadap kecemerlangan dan inovasi memastikan setiap pelan rawatan disesuaikan mengikut keperluan unik setiap pelanggan, menawarkan laluan khas menuju ke arah kesihatan dan kecantikan kulit.


Raihkan Perjalanan Anda ke Kulit yang Sempurna

Parut dan tekstur kulit yang tidak sekata tidak lagi perlu menjadi kerisauan anda. Dengan rawatan Regenx Embrysome dan Regenx Placenta, anda boleh memulakan perjalanan ke arah kulit yang sempurna, ditandai dengan peremajaan, pembaharuan, dan keyakinan yang berseri.


Tempah temujanji anda hari ini dan alami transformasi rawatan khas dari CRES. Kulit anda berhak untuk mendapat yang terbaik, dan kami di sini sedia membantu anda untuk mencapainya.





コメント


WhatsApp
Free Consultation
bottom of page