top of page

Pori-Pori Besar

Pori-pori besar sering menjadi cabaran dalam penjagaan kulit. Tetapi di CRES, kami dapat menyediakan rawatan tanpa invasif yang berkesan untuk memperkecilkan dan menegangkan pori-pori, menjadikan kulit anda lebih licin. Rawatan ini juga membantu memperbaiki tekstur kulit dan kesinaran kulit anda secara keseluruhan.


Memahami Pori-Pori Besar

Pori-pori besar biasanya disebabkan oleh pelbagai faktor seperti genetik, pengeluaran minyak berlebihan, dan penuaan. Punca utama berlaku termasuklah sebum berlebihan (pengeluaran minyak berlebihan pada kulit), keradangan akibat jerawat, dan kemerosotan kolagen pada lapisan dermis.


Berikut adalah sebab-sebab biasa berlakunya pori-pori besar:

  • Pengeluaran Minyak Berlebihan: Kulit berminyak lebih cenderung mempunyai kelihatan pori-pori yang jelas. Apabila kelenjar minyak menghasilkan minyak berlebihan, pori-pori boleh mengembang.

  • Penuaan: Seiring peningkatan usia, kolagen dalam kulit dan keanjalan kulit semakin berkurangan, dan ini menyebabkan pori-pori kelihatan lebih besar. Kulit juga boleh menjadi kendur, menjadikan pori-pori lebih ketara.

  • Kerosakan atas Cahaya Matahari: Pendedahan kepada sinaran matahari yang berpanjangan boleh mengurangkan kolagen dalam kulit, menjejaskan keanjalan kulit dan menyebabkan pori-pori membesar. Kerosakan ini juga mengakibatkan penebalan kulit dan pengumpulan sel mikro di sekitar pori-pori, menjadikannya kelihatan lebih besar.

  • Jerawat dan Parut Jerawat: Jerawat boleh meningkatkan pengeluaran minyak dan pengumpulan sel di sekitar pori-pori, menyebabkan pori-pori kelihatan lebih besar. Parut jerawat juga menyebabkan tekstur kulit tidak rata, termasuk pori-pori yang lebih besar.

  • Bintik Hitam: Pembentukan jenis luka jerawat  boleh menjadikan pori-pori lebih ketara. Ia disebabkan oleh gabungan sebum dan sel kulit mati yang menyumbat pori.

  • Penjagaan Kulit yang Tidak Sesuai: Penjagaan kulit yang tidak betul boleh mengakibatkan pengumpulan minyak dan sel-sel kulit mati, yang boleh membesarkan pori-pori. Penggunaan produk penjagaan kulit dan solekan secara berlebihan juga boleh menyumbang kepada liang tersumbat dan memperbesarkan pori.

  • Genetik: Sesetengah individu secara genetik lebih cenderung mempunyai pori-pori yang besar.


Dari segi kesan terhadap kulit estetik , pori-pori yang besar boleh menjejaskan tekstur dan penampilan keseluruhan kulit, membuatkannya kelihatan kasar dan tidak rata. Walaupun pori-pori adalah penting untuk kesihatan kulit, kerana ia membantu kulit “bernafas” dan mengeluarkan minyak, maka saiz pori yang besar menjadi kebimbangan kita.

 

Untuk mengawal masalah pori-pori yang besar, disarankan untuk melakukan pembersihan dan pengelupasan secara berkala bagi membuang sel-sel kulit mati, menggunakan produk penjagaan kulit yang tidak menyebabkan liang tersumbat, dan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Selain itu, rawatan seperti retinoid, pengelupasan kimia, dan terapi laser juga berkesan dalam mengurangkan penampilan pori-pori besar.

Rawatan Neo-Estetik untuk Pori-Pori Besar di CRES

  1. Regenx Placenta: Berkesan untuk parut, tekstur kulit yang tidak sekata, dan pori-pori terbuka. Ia meningkatkan aktiviti SOD dan catalase  di mana dapat meningkatkan keupayaan antioksidan kulit serta membantu mengurangkan kerosakan akibat tekanan oksidatif. Polypeptide yang molekul rendah - Peptida ini dapata merangsangkan penghasilan kolagen, mengurangkan penampilan garis-garis halus. Kolagen dan elastin - meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit.


  2. Rawatan Photon M22: Rawatan PhotonShrink terbaru kami menggunakan teknologi Advanced Optimal Pulse (AOPT), yang mampu menembusi tisu kulit secara terkawal dan menghilangkan ketidaksempurnaan kulit seperti pori-pori tanpa merosakkan kulit dan salur darah yang sihat di sekelilingnya.


Mengapa Memilih CRES untuk Penghalusan Pori-Pori?

  • Kepakaran dalam Rawatan Estetik Photon: Pakar kulit estetika kami yang mahir menggunakan teknik foton terkini untuk merawat pori-pori besar dengan berkesan tanpa prosedur invasif.

  • Pelan Rawatan yang disesuaikan mengikut peribadi: Kami menyesuaikan setiap rawatan mengikut jenis kulit dan kebimbangan khusus anda demi memastikan mendapat hasil yang optimum.

  • Rawatan yang Selamat dan Selesa: Komitmen kami terhadap neo-estetika dan kaedah tanpa invasif demi memberi pengalaman yang selesa atas penggunaan masa pemulihan yang singkat atau tiada.


Tip untuk Menjaga Pori-Pori yang Halus 

Bersama rawatan kami, kami menyediakan nasihat mengenai rutin penjagaan kulit harian dan pilihan gaya hidup yang boleh membantu menjaga pori-pori agar tetap bersih dan penampilannya dalam tahap minimal.


Dapatkan kulit yang lebih licin dan halus dengan rawatan pori-pori tanpa invasif di CRES. Rawatan kami dapat membantu anda untuk meningkatkan tekstur kulit dan keyakinan diri sendiri. Tempah konsultasi anda hari ini dan mulakan perjalanan anda ke arah kulit yang halus dan cantik.


Sedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pori-pori besar? Hubungi CRES sekarang untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan tanpa invasif kami yang berkesan.



Commenti


WhatsApp
Free Consultation
bottom of page